Beginilah Cara Rosulullah Melayani Istrinya
1.  Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menambalnya sendiri tanpa  perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk  keperluan keluarga maupun untuk dijual.
2.  Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap  di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyingsingkan lengan  bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah  menceritakan ‘Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.
3. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sholat.
4.  Pernah Rasulullah pulang pada waktu pagi. Tentulah Rasulullah teramat lapar  waktu itu.. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang  mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi  bertanya, ‘Belum ada sarapan ya Khumaira?’ (Khumaira adalah panggilan  mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang  kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, ‘Belum ada  apa-apa wahai Rasulullah.’ Rasulullah lantas berkata, ‘Jika begitu aku  puasa saja hari ini.’ tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
5.  Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang  memukul isterinya. Rasulullah menegur, ‘Mengapa engkau memukul  isterimu?’ Lantas dijawab dengan agak gementar, ‘Isteriku sangat keras  kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap begitu juga, jadi aku pukul lah  dia.’ ‘Aku tidak menanyakan alasanmu,’ sahut Nabi s. a.. w. ‘Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?’
6.  Pernah baginda bersabda, ’sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,  kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.’ Prihatin, sabar dan rendah  hati baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun  menurunkan kedudukannya sebagai pemimpin umat..
7.  Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang  sudah melekat dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa  kesombongan.
8.  Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan  sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai maupun  dalam kesendiriannya.
9.  Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih  lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah  hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah  bengkak-bengkak.
10.  Fisiknya sudah tidak mampu menanggung kemauan jiwanya yang tinggi. Bila  ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, ‘Ya Rasulullah, bukankah engaku telah  dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?’ Jawab  baginda dengan lunak, ‘Ya ‘Aisyah, apakah aku tak boleh menjadi  hamba-Nya yang bersyukur.’

.jpg)

0 komentar:
Posting Komentar